Wakaf Selangor Muamalat memberi 2 sumbangan berupa pembinaan sebuah bilik darjah serta kelengkapan bagi 5 buah bilik darjah kepada Sekolah Rendah Islam Al-Huda (SERI Al-Huda) dan sebuah van kepada Institusi Latihan Ilmuan Al-Quran (ILIQ) yang dinaungi oleh Persatuan Intitusi Al-Quran Negeri Selangor (PITAS). Majlis sumbangan ini diadakan di perkarangan Sekolah SERI Al-Huda, Gombak. Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abd Rahman Arshad, Pengerusi Wakaf Selangor Muamalat telah menyerahkan kedua-dua sumbangan tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Pengarah SERI Al-Huda, Dr. Amran Muhammad dan Pengerusi PITAS Ustaz Ashri Lateh.